"JAGA JAGA, TERGELINCIR"
Jangan sombong dan angkuh.
Nukman bin Thabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yang berjalan dengan mengenakan terompah kayu.
Imam kemudian berkata: "Jaga jaga nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai engkau tergelincir."
Budak itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?" Tanya si budak kecil itu tadi.
"Nukman namaku.": Jawab Imam Abu Hanifah.
"Oo.. Jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu?", soal si budak.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu, namun masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku": Jawab Imam Abu Hanifah.
"Wahai Imam yang mulia, berhati hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya.."
Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru datang dari bibir seorang budak.
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG DIMULIAKAN, tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/ HAJJAH, USTAZ, AL MUKARROM, SYEIKH dan sebagainya.
Berhati hati dan terus saling mengingatkan agar jangan sampai tergelincir.
Jangan sampai kita jadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran milik dunia yang dimiliki.
Ingatlah.. !
"Sepasang tangan yang menarik kita tatkala terjatuh lebih baik daripada seribu tangan yang menyambut kita tatkala tiba di puncak kejayaan.."
Maka hargailah kewujudannya..
Kerana ia sebagai cahaya saat kegelapan.
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.
Ketahuilah..!
"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi."- Hadis Riwayat Muslim.
JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT WALAUPUN DATANGNYA DARI SEORANG BUDAK HINGUSAN.
"Undhur maa qaala wa laa tandhur man qaala." "Perhatikan apa yang disampaikan dan jangan melihat siapa yang menyampaikan"
Wallahualam..✌