Wednesday, 25 May 2016

Jauh.

Assalamualaikum w.b.t

Nak story sikit pasal tempat aku nak sambung belajar..
Mula mula pening jugak la dok fikir dekat mana nak sambung belajar.. Lepastu, ayah keluarkan titah "Masuk form 6." Huhuhu, waaa kakak tak minat laa.. Tapi pi la jugak daftar sementara nak tunggu result upu. Okay. Seminggu orientasi tu memang best. Tapi bila hari first masuk kelas tu terus muka masam. Ya la, guanno tak masam? Tak minat form 6. Result upu keluar. Check check.. Tak dapat. Huhuhu sedihnyaa.. Stay Form 6 3 hari lepastu berhenti. Tapi sebelum berhenti tu bincang dulu dgn maa dan ayah. Alhamdulillah, nasib baik ayah faham anak ayah tak minat form 6.

Aku dapat tawaran dari KUIN, KUIS, KUISAS, KUIPSAS dan KPTM KB. Yang latest ni KUIM pulak sampai. Ayah kata, "Kakak ambik perakaunan la. Belajar akaun." Huhuhu, dari haritu lagi suruh aku ambik perakaunan. Tapi, aku tak berminat sgt bahagian perakaunan ni walaupun aku suka subjek pengiraan. Hahaha, mcm mana tu? So, untuk turuti permintaan ayahku tersayang.. Aku apply la Diploma Perakaunan dkt KUIM. Alhamdulillah, aku dapat ! Aku pun bagi tahu ayah yang aku dpat Dip. Perakaunan dkt KUIM. Lepastu, ayah kata "Jauhhhh". Aku pun tersengih jaaa. Aku tunjuk surat tawaran dari mana mana Kolej pun ayah baca tanpa perasaan. Tak tau sebab apa. Tapi rasanyaa mungkin sebab jauh kot.

Haritu, abang dengan tok aku suruh aku masuk KPTM dkt Kota Bharu tu. Bila maa dengar ja, maa tanya ayah "betul ka nak pi KPTM?" Hahaha, nampak gayanya maa dgn ayah mcm tak bagi aku pi jauh jauh ja. Sebab tu la kot suruh aku masuk form 6.

So sekarang ni aku belum lagi buat keputusan nak masuk dekat mana mana. Masih dalam pertimbangan sama ada KUIPSAS atau KUIM.

Friday, 22 April 2016

Jaga-jaga, Jangan sampai tergelincir

"JAGA JAGA, TERGELINCIR"
Jangan sombong dan angkuh.

Nukman bin Thabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yang berjalan dengan mengenakan terompah kayu.

Imam kemudian berkata: "Jaga jaga nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai engkau tergelincir."

Budak itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?" Tanya si budak kecil itu tadi.

"Nukman namaku.": Jawab Imam Abu Hanifah.

"Oo.. Jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu?", soal si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, namun masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku": Jawab Imam Abu Hanifah.

"Wahai Imam yang mulia, berhati hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya.."

Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru datang dari bibir seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG DIMULIAKAN, tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/ HAJJAH, USTAZ, AL MUKARROM, SYEIKH dan sebagainya.

Berhati hati dan terus saling mengingatkan agar jangan sampai tergelincir.

Jangan sampai kita jadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran milik dunia yang dimiliki.

Ingatlah.. !

"Sepasang tangan yang menarik kita tatkala terjatuh lebih baik daripada seribu tangan yang menyambut kita tatkala tiba di puncak kejayaan.."

Maka hargailah kewujudannya..
Kerana ia sebagai cahaya saat kegelapan.
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah..!

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi."- Hadis Riwayat Muslim.

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT WALAUPUN DATANGNYA DARI SEORANG BUDAK HINGUSAN.

"Undhur maa qaala wa laa tandhur man qaala." "Perhatikan apa yang disampaikan dan jangan melihat siapa yang menyampaikan"

Wallahualam..��✌

Saturday, 26 March 2016

Penantian Ainul Mardhiah

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t
Tengah bosan. Rasa macam nak isi masa dengan tulis kisah Penantian Ainul Mardhiah. Jom la..

Ainul Mardhiah yang bererti mata yang diredhai adalah bidadari yang sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Dia telah diciptakan oleh Allah SWT untuk seorang pemuda yang mati syahid.

    Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama Allah). Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa saja yang keluar untuk berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah.

     Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda yang masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang telah Rasulullah SAW sebutkan itu. Oleh kerana pemuda itu merasa malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

     Telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun tidur bersama-sama jemaah tadi. Di dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri, di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya, "Di manakah aku sekarang ini?" Lalu lelaki itu menjawab, "Inilah syurga." Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yang ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab, "Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana." Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari wanita yang pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?" Lalu wanita itu pun menjawab, "Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana." Lalu pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.

     Di situ dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan wanita kedua tadi. Wanita itu pun berkata kepada pemuda itu, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku." Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu, "Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi." Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya. Dia lalu menceritakan segala yang dimimpikan itu kepada sahabatnya. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah SAW.

    Di sebelah petangnya, pemuda itu telah keluar untuk berjihad bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang lain. Takdir telah menentukan pemuda tadi gugur syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid untuk menantikan waktu berbuka puasa, sahabat pemuda yang gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah SAW perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah SAW hanya menjawab, "Benar."

    Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW pun berkata kepadanya, "Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga."

Alhamdulillah, siap !

Saturday, 12 March 2016

Mencari..

Izinkan aku pergi...
Mencari identiti
Menguatkan hati
Mencari mentari
Nur Ilahi yang disanjung tinggi

Usah dicari lagi diri ini
Andai suatu saat aku pergi tidak kembali

Tujulah pada yang Satu
Kerana RedhaNya sungguh mahal buatku dan dirimu~
duhai teman temanku
Yang aku kasihi dalam tadahan doa doaku.
Senyum selalu~~
_CPFI

Friday, 11 March 2016

Everyone has his or her own first time.

Bismillah.
Assalamualaikum.

"Everyone has his or her own first time". Aku pun tak terkecuali.. Dalam hal ni, first time aku guna blog. Aku buat blog ni cuma nak isi masa lapang, berkongsi cerita, dan macam-macam lagi la yg boleh dibuat. Asalkan tidak bertentangan dgn Islam. Dah tak tau nak kata apa dah. Jangan kecam aku. Senyum selalu..

Sekian. <3